SEREMBAN 16 Dis. – Seramai 200 murid daripada keluarga berpendapatan rendah menerima bantuan kelengkapan pakaian sekolah, beg dan alat tulis sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam Program Kembali Ke Sekolah, di sini hari ini. Mereka yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun adalah murid sekolah yang dipilih dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Labu dan Sikamat. Sumbangan telah disampaikan oleh Menteri Besar, Aminuddin Harun. Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa…










