2 lelaki Korea Selatan ditemukan lemas, buggy berlanggar - Utusan Malaysia

2 lelaki Korea Selatan ditemukan lemas, buggy berlanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 27 Dis. – Mayat dua lelaki Korea Selatan yang lemas semasa bermain golf di utara Thailand ditemukan hari ini selepas berlaku kemalangan melibatkan buggy dipandu isteri dan kenderaan mangsa mengakibatkan mereka terjatuh ke dalam sungai.

Kumpulan itu berada dalam feri bersiap sedia menyeberangi sungai yang merentasi padang golf apabila lelaki terbabit yang berada dalam sebuah buggy secara tidak sengaja dirempuh isteri mereka.

Jurucakap polis daerah, Leftenan Kolonel Suwat Suawatmontr berkata, hentaman itu menyebabkan mangsa tercampak ke dalam air berlumpur dan wanita terbabit diselamatkan oleh nelayan berhampiran.

Lebih 50 penyelamat daripada tentera dan polis terbabit dalam pencarian lelaki yang hilang, iaitu Sung Jun-yong, 68, dan Ha Jae-oong, 76. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×