PETALING JAYA 9 Dis. – Konvensyen DAP Selangor 2018 di sini meluluskan tujuh resolusi termasuk menggesa kerajaan meneruskan siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Parti itu juga menggesa kerajaan Selangor melaksanakan semula pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memperluaskan demokrasi serta memberi peluang calon-calon tempatan memegang jawatan-jawatan penting dalam Majlis Tempatan. Resolusi itu juga menggesa kerajaan Pusat terus komited dalam menghapuskan Akta Hasutan serta akta-akta lain yang menindas rakyat. Resolusi itu diluluskan sebulat suara oleh perwakilan yang hadir. Ia diumumkan oleh speaker, Leong Yu Man, anggota Dewan Undangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya