BUTTERWORTH 9 Dis. – Seramai 19 warga Myanmar termasuk tiga wanita diselamatkan polis selepas dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Teratai, Mak Mandin, Butterworth di sini. Kesemua mereka diselamatkan sepasukan polis dalam operasi pukul 11 pagi tadi selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket yang didalangi rakan senegara terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita. Ketika diselamatkan, kesemua mereka dikurung di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan dalam keadaan bergelimpangan, tidak terurus dan tidak bermaya. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya