NEW DELHI – Seramai 11 orang maut selepas memakan nasi dipercayai tercemar bahan toksik dalam upacara di sebuah kuil Hindu, kata seorang pegawai kesihatan semalam. Sebilangan 29 mangsa lagi tenat dan menjalani rawatan kecemasan di beberapa hospital di bandar Mysore, negeri Karnataka. “11 orang meninggal dunia setakat ini dan 93 lagi dimasukkan ke hospital. Daripada jumlah itu, seramai 29 pesakit memerlukan mesin sokongan hayat,” kata K.H. Prasad selaku pegawai kesihatan…