10 tahun Shin Xian Tong derita buah pinggang - Utusan Malaysia

10 tahun Shin Xian Tong derita buah pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Gadis yang zahirnya nampak normal, namun tiada dapat merungkai teka-teki dalam diri Shin Xian Tong, 23, kerana menderita penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu.

SHIN XIAN TONG
SHIN XIAN TONG 

Perkara itu disahkan doktor selepas dia mengalami kesukaran tidur dan kesakitan pada bahagian pinggang setiap malam ketika berusia 13 tahun.

“Doktor memberitahu sakit ini berpunca daripada jangkitan virus, namun mereka tidak dapat mengesahkan perkara yang menyumbang kepada virus tersebut sama ada melalui makanan atau penyakit lain.

“Sekarang saya terpaksa menjalani rawatan selama tiga hari seminggu dan meluangkan empat jam untuk setiap sesi rawatan di pusat dialisis selain memerlukan kos yang tinggi,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Xian Tong memberitahu, sekiranya rawatan tersebut ditangguh, dia akan terdedah dengan banyak komplikasi lain seperti masalah pernafasan, mudah sesak nafas dan bengkak pada anggota badan termasuk muka.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Eco World, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, seramai 20,000 pesakit buah pinggang kronik yang menunggu buah pinggang untuk didermakan.

“Jumlah tersebut kian meningkat setiap tahun dan rawatan dialisis sepanjang hayat atau pemindahan organ adalah cara untuk pesakit ini meneruskan hidup,” ujarnya.

Beliau ditemui selepas majlis sumbangan mesin hemodialisis dan mesin ‘reprocessor’ bernilai RM80,000 kepada Pertubuhan Medifund Kuala Lumpur (PMKL) di Pusat Hemodialisis Dato Lee Kok Chee, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN