Zainuddin Maidin hidap paru-paru berair - Utusan Malaysia

Zainuddin Maidin hidap paru-paru berair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Nov. – Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya di sini selepas disahkan menghidap masalah paru-paru berair.

Menurut adiknya, Abdul Lazam Maidin, Zainuddin sebelum itu hampir pengsan ketika berada di rumahnya di Presint 10 semalam dan dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sebelum dimasukkan ke wad biasa.

ZAINUDDIN MAIDIN
ZAINUDDIN MAIDIN 

“Walau bagaimanapun pada pukul 9 pagi tadi, Zainuddin dipindahkan ke wad ICU selepas doktor mengesan beliau menghidap paru-paru berair. Sebelum ini, beliau tidak ada sebarang penyakit kronik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pagi tadi Zainuddin boleh bercakap namun, keadaannya masih tidak stabil. Doktor ada keluarkan air dari dalam badan dan sekarang masih di bawah pemantauan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Abdul Lazam, doktor tidak menggalakkan abangnya itu banyak bercakap dan ahli keluarga telah memutuskan untuk tidak menerima kunjungan pelawat sehingga keadaannya stabil.

“Semua ahli keluarga terdekat ada datang melawat namun, doktor tidak galakkan beliau banyak bercakap. Sekarang kami tidak benarkan beliau berjumpa sesiapa kecuali rakan dan saudara terdekat kerana perlu banyak berehat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×