Wujud harga lantai sawit RM400 satu metrik tan - Utusan Malaysia

Wujud harga lantai sawit RM400 satu metrik tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 21 Nov. – Kerajaan Pusat dicadangkan mewujudkan harga lantai kelapa sawit iaitu sebanyak RM400 satu metrik tan dalam usaha membantu golongan peneroka Felda yang kini terbeban ekoran kejatuhan harga komoditi itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, harga kelapa sawit terus mengalami kejatuhan mendadak sehingga RM295 satu metrik tan ketika ini.

“Kita mencadangkan kepada Kerajaan Pusat dan Felda supaya mewujudkan harga lantai bagi komoditi ini sebanyak RM400 satu metrik tan,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Nazri Ngah
NAZRI NGAH

Beliau menjawab soalan tambahan Shahril Azman Abd. Halim (Pas-Jengka) mengenai usaha kerajaan negeri bagi membantu peneroka Felda yang kini terbeban ekoran kejatuhan harga sawit.

Shahril Azman juga bertanya apakah kerajaan negeri boleh memainkan peranan bagi memaklumkan kepada kerajaan Pusat supaya menangguhkan potongan hutang peneroka.

Nazri berkata, kerajaan negeri turut memohon kepada Pusat supaya buat sementara ini menangguhkan pemotongan hutang peneroka Felda kerana pendapatan diperoleh mereka semakin berkurangan.

“Sebelum ini mereka (kerajaan Pakatan Harapan) kata hendak menghapuskan hutang peneroka, saya mohon kepada kerajaan Pusat supaya menangguhkan pemotongan hutang peneroka sementara waktu,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Fadil Osman (BN-Kemayan) yang ingin tahu punca kejatuhan harga kelapa sawit, beliau berkata, keputusan China tidak lagi mengimport kelapa sawit dan minyak sawit negara ini menjadi antara punca kejatuhan harga komoditi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×