KUANTAN 21 Nov. – Kerajaan Pusat dicadangkan mewujudkan harga lantai kelapa sawit iaitu sebanyak RM400 satu metrik tan dalam usaha membantu golongan peneroka Felda yang kini terbeban ekoran kejatuhan harga komoditi itu. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, harga kelapa sawit terus mengalami kejatuhan mendadak sehingga RM295 satu metrik tan ketika ini. “Kita mencadangkan kepada Kerajaan Pusat dan Felda supaya…










