ABU DHABI 22 Nov. – Toto Wolff berharap dapat menyaksikan pasukannya yang telahpun dinobatkan selaku juara Formula 1 (F1) mempamerkan persembahan menakjubkan khas untuk peminat menjelang perlumbaan penutup musim Grand Prix (GP) Abu Dhabi, hujung minggu ini. Prinsipal pasukan Mercedes itu, yang bertanggungjawab memastikan kejayaan Lewis Hamilton merangkul gelaran dunia kelima dan Silver Arrows menggondol pengeluar terbaik buat kali kelima berturut-turut berkata, kejayaan yang diraikan pasukan, minggu lalu, mengingatkannya untuk…










