Waytha Moorthy sedia beri kerjasama kepada polis - Utusan Malaysia

Waytha Moorthy sedia beri kerjasama kepada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis berhubung penularan video wawancara Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) baru-baru ini.

“Boleh, ya saya sedia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang akan mengambil keterangan daripadanya yang didakwa menfitnah dan mengaibkan negara.

Dalam wawancara di Belanda 10 tahun lalu, Waytha Moorthy mendakwa kononnya masyarakat India di Malaysia didiskriminasi di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan banyak pihak melihat beberapa fakta seperti telah dimanipulasi.

Video wawancara itu didakwa dibuat selepas demonstrasi Hindraf dijalankan pada November 2007 di mana beratus-ratus penunjuk perasaan ditangkap malah Waytha Moorthy sendiri turut ditangkap dan mendakwa telah diseksa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN