Waytha Moorthy perlu fikir cara menyatupadukan rakyat - Utusan Malaysia

Waytha Moorthy perlu fikir cara menyatupadukan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy perlu memikirkan cara bagaimana untuk melahirkan generasi yang menitikberatkan kesepaduan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Setiausaha Kerja Pergerakan Mahasiswa Nasional, Kamil Azhad mendakwa, kenyataan Waytha Moorthy mengenai berkaitan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebaliknya  menimbulkan kemarahan rakyat.

“Tetapi pada akhir-akhir ini kenyataan yang dibuat oleh Menteri Perpaduan Waytha Moorthy telah membuatkan kemarahan rakyat Malaysia dan mencetuskan pelbagai reaksi negatif terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

“Seharusnya dia sebagai Menteri Perpaduan  memikirkan bagaimana mahu melahirkan anak bangsa generasi yang menitik beratkan kesepaduan rakyat Malaysia tanpa mengira agama serta bangsa,” kata Kamil dalam satu kenyataan hari ini.

Kamil berkata, Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan hak-hak orang Melayu, bumiputera serta kesucian agama Islam dan juga Raja-Raja Melayu.

Justeru, menurut Kamil, Mahasiswa Nasional mendesak Waytha Moorthy memohon maaf kepada rakyat Malaysia secara terbuka dan meletakkan jawatan sebagai Menteri Perpaduan kerana gagal melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN