KUALA LUMPUR 17 Nov. – Seorang pemotong rumput ditemukan maut disyaki terkena serpihan batu grinder mesin pemotong rumput di sebuah ladang berhampiran Batu 29, Jalan Kuala Lumpur- Ipoh, Hulu Selangor dekat sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, mangsa, Sumijo Sukardi, 63, ditemukan orang awam terbaring di ladang tersebut dan kemudian membuat laporan kepada pihak berkuasa kira-kira pukul 10.25 pagi. “Hasil siasatan awal di tempat kejadian menemukan sebuah mesin potong rumput dan serpihan batu grinder yang mempunyai kesan darah bersebelahan si mati. “Bedah siasat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya