SUNGAI SIPUT – Seorang warga emas ditemui maut selepas 24 jam hilang ketika menjalankan aktiviti menangkap burung dan ayam hutan di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Jaya Setia, Sungai Siput (Utara) di sini hari ini. Mangsa yang berusia 69 tahun berasal dari Butterworth, Pulau Pinang itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Rozeni Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat awal daripada rakan mangsa dan anak saudaranya yang turut serta dalam aktiviti tersebut bermula pukul 9 pagi. “Sebelum mangsa hilang, mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya