Warga Bangladesh liwat budak lelaki umur 11 tahun - Utusan Malaysia

Warga Bangladesh liwat budak lelaki umur 11 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes liwat seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Sea Park, Petaling Jaya dekat sini, hari ini.

Suspek yang berusia 36 tahun ditahan selepas bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Sea Park pada pukul 2.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, bapa mangsa mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan anak saudaranya bahawa suspek telah mengganggu mangsa, semalam.

Menurutnya, suspek yang merupakan pekerja kontrak di Medan Selera Jaya, Jalan 223 dekat sini telah meliwat mangsa pada pukul 8.30 malam di dalam sebuah stor berhampiran gerai makan di kawasan terbabit.

“Mangsa ketika itu mahu mengambil telefon bimbitnya yang sedang cas telah didatangi suspek dan mengurung mangsa di dalam stor. Suspek kemudian didakwa meliwat mangsa ,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd. Zani memberitahu, suspek sebelum ini pernah cuba meliwat suspek dengan menawarkan sejumlah wang tunai bernilai RM150 tetapi ditolak mangsa.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN