Wanita maut dalam nahas di LPT2 - Utusan Malaysia

Wanita maut dalam nahas di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 324.7 Lebuh Raya Pantai Timur 2 berhampiran susur keluar Plaza Tol Kerteh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, Rohana Zaini, 37, yang berasal dari Klang, Selangor, disahkan maut di lokasi nahas sementara suaminya, Mohd. Fakrul Razi Awang Salleh, 25, hanya mengalami cedera ringan. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian mangsa bersama suaminya dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur dari arah Kuala Terengganu. 

“Setibanya di lokasi, kereta jenis Proton Waja yang dipandu suami mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya. 

“Akibat impak perlanggaran itu, mangsa yang duduk di kerusi penumpang bahagian belakang dikatakan tercampak kira-kira 10 meter ke tengah lebuh raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN