SHAH ALAM – Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-13 semalam bersetuju dengan syor untuk mengekalkan bekas Presiden parti, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) sehingga peralihan kerajaan yang baharu diadakan nanti.
Syor tersebut yang diusulkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menyampaikan ucapan penggulungan mendapat sokongan penuh daripada kesemua perwakilan yang hadir.
Menurut beliau yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah bersepakat melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Wan Azizah (kini Pengerusi Majlis Penasihat PKR) sebagai Timbalannya.
“Majlis Presiden PH juga bersetuju untuk melantik (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sebagai Perdana Menteri Kelapan malah kita juga tidak menetapkan jangka masa tertentu bagi peralihan berkenaan.
“Oleh itu, apakah akan terjadi kepada Wan Azizah? Resolusi PH hanya menyebut Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, Wan Azizah Timbalan Perdana Menteri manakala Anwar dicalonkan sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











