IPOH 21 Nov. – Wakil rakyat pembangkang tidak seharusnya disekat daripada menghadiri sebarang program di sekolah kerana mereka juga mempunyai fungsi dan tugas yang harus disempurnakan kepada rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada batasan-batasan tertentu dan bukannya sebagai satu ‘lesen besar’ untuk menyebarkan fahaman ideologi politik mereka. “Siapa kita hendak menolak kehendak rakyat sebab dia yang…










