KUALA LUMPUR 23 Nov. – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan setiap rakyat negara ini wajib mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri.
Tunku Ismail berkata, liberalisasi sepatutnya diletakkan di tempat yang betul bersesuaian dengan adat, tradisi, budaya dan sejarah negara.
“Saya secara peribadi percaya bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk mempertegakkan perlembagaan, sama ada Perlembagaan Negeri atau Perlembagaan Persekutuan.
“Untuk menjadi liberal dari segi kemajuan dan inovasi adalah baik. Tetapi kita tidak boleh melupakan tradisi, warisan dan sejarah kita,” katanya menerusi entri yang dimuat naik menerusi akaun Facebook rasminya, hari ini. – UTUSAN ONLINE










