KUALA LUMPUR 18 Nov. – Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera berikutan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar orang awam yang menjamu selera di tapak parkir kereta di sebuah restoran Taman Equine di Seri Kembangan dekat sini malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 8.16 malam bersama satu jentera melibatkan lapan anggota termasuk pegawai dan tiba di lokasi kejadian pukul 8.32 malam.
“Kejadian itu melibatkan sebuah Toyota Hilux yang terbabas lalu melanggar lima orang awam di restoran tersebut.
“Seorang wanita disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian manakala lima lagi cedera dan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











