KOTA BHARU – Kelibat kenderaan persendirian tempatan yang dipandu penduduk warga Thailand memunggah barangan makanan mentah seperti sayur-sayuran, ikan, buah-buahan dari negara jiran itu kelihatan berleluasa di negeri ini sehingga menimbulkan ancaman kepada pengguna jalan raya lain. Malah, warga asing terbabit tidak gentar melakukan perbuatan tersebut apabila hasil risikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengesan sebanyak 60 hingga 70 buah kenderaan tersebut masuk ke negeri ini setiap hari. Van dan pacuan empat roda (4WD) persendirian yang menggunakan nombor pendaftaran negara ini memunggah barangan dari negara berkenaan melalui Kompleks Imigresen, Kastam,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya