[VIDEO] UMNO, Pas Melaka buat laporan polis terhadap Waytha - Utusan Malaysia

[VIDEO] UMNO, Pas Melaka buat laporan polis terhadap Waytha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 20 Nov. – Satu laporan polis terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy telah dibuat oleh UMNO dan Pas Melaka sebentar tadi ekoran tindakannya memburukkan Malaysia di luar negara serta menghina agama Islam.

Laporan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad kira-kira pukul 3 petang di Balai Polis Melaka Tengah, Banda Hilir di sini.

Turut bersama beliau ketika membuat laporan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Melaka, Wan Zahidi Wan Ismail; Setiausaha Badan Perhubungan Pas Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz dan Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Melaka, Mohd. Khoushaini Mohd. Naim.

Menurut Mohamad Ali, pihak berkuasa diminta untuk mengambil tindakan segera ke atas Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu kerana tindakan keterlaluannya boleh menyebabkan berlaku perpecahan kaum serta pergaduhan di negara ini.

HAMPIR 100 ahli UMNO dan Pas Melaka bersama pertubuhan bukan kerajaan lain berhimpun di hadapan Bala
HAMPIR 100 ahli UMNO dan Pas Melaka bersama pertubuhan bukan kerajaan lain berhimpun di hadapan Balai Polis Melaka Tengah selepas membuat laporan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy, hari ini. – UTUSAN ONLINE/FADZLY IZAB

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) kena ambil tindakan kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Waytha Moorthy adalah perkataan-perkataan yang memecah belah dan mengganggu gugat ketenteraman malah boleh menghancurkan perpaduan di negara kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN