JOHOR BAHRU 21 Nov. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Tawaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) kepada penerima yang terpilih. Baginda berangkat menyempurnakan majlis tersebut di tapak projek Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ), Bandar Dato’ Onn di sini sebentar tadi. Pada majlis sama, Sultan Ibrahim turut berkenan memotong pulut kuning yang disediakan khas oleh JCorp sempena Hari Keputeraan baginda…










