KUALA TERENGGANU 21 Nov. – Rumah pusaka berusia 77 tahun yang `masih bertahan’ di Kampung Tanjung di sini sejak lebih setahun lalu disebabkan keengganan pemiliknya berganjak daripada arahan kerajaan agar kediaman itu diroboh, akhirnya ‘menyembah bumi’ juga pagi tadi. Kediaman tradisional Melayu dua tingkat diperbuat daripada kayu itu yang terletak di tengah-tengah tapak projek pembangunan mega berskala besar, dirobohkan dalam satu operasi tidak sampai sejam bermula kira-kira pukul 10 pagi.…










