PUTRAJAYA 7 Nov.- Dua penjawat awam termasuk bekas Pengarah Bahagian Visa, Pas dan Permit Jabatan Imigresen bergelar Datuk yang direman berhubung kes rasuah jutaan ringgit dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Mereka dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Selain itu, tempoh reman seorang lagi suspek yang merupakan Kerani di Bahagian Visa, Pas dan Permit Jabatan Imigresen disambung dua hari lagi sehingga Jumaat ini. Kesemua perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Khir Nizam Jemari. Ketiga-tiga lelaki itu sebelum ini direman tujuh hari bermula 1 November lalu bagi membantu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya