KAJANG 26 Nov. – Polis menumpaskan sindiket makmal dadah haram dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM3.55 juta dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Hi Tech 5, Semenyih, di sini pada Rabu lalu. Dalam serbuan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor bersama JSJN Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kajang itu, pihak polis turut menahan sembilan lelaki berusia 27 hingga 51 tahun termasuk empat anggota polis yang disyaki…










