KOTA TINGGI, 19 November – Jelas terpancar pada wajah murid-murid sekolah rendah terpilih apabila menerima sumbangan Petronas dan Pengerang Refining and Petrochemical (PRefChem). Seramai 550 murid dari 27 buah sekolah rendah sekitar daerah ini termasuk 86 murid Orang Asli Seletar menerima barang keperluan untuk memulakan sesi persekolahan awal tahun depan. Ketua Kejuruteraan dan Pembuatan PrefChem, Ahmad Farid Yaacob berkata, mereka menerima sumbangan tersebut menerusi Program Jom Naik Sekolah kali ketiga di Dewan Bandaran Kejora Bandar Penawar di sini sebentar tadi. “Sumbangan ini bertujuan untuk membantu murid terpilih sekali gus meringankan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya