KUALA LUMPUR 6 Nov. – Padang Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bangsar di sini semalam menyaksikan ‘pertempuran mesra’ antara veteran Utusan Malaysia menentang veteran Berita Harian dalam satu perlawanan Bola Sepak Amal 2018 bagi membantu mangsa gempa bumi di Palu, Indonesia. Perlawanan berkesudahan dengan jaringan seri 2-2 dan berlangsung dengan penuh semangat setiakawan, menggambarkan keakraban serta hubungan baik antara dua saluran media yang paling berpengaruh di Malaysia. Pengarang Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, perlawanan amal itu merupakan simbol kebersamaan agensi media dalam usaha membantu golongan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya