SUBANG JAYA 26 Nov. – Seorang lelaki dipercayai pekerja pembinaan warga asing dipukul beramai-ramai selepas disyaki membakar rumah kongsi yang terletak di belakang Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya di sini sebentar tadi. Lelaki terbabit yang kelibatnya dilihat berada di bahagian belakang rumah kongsi sebelum kebakaran berlaku, mulanya cuba diselamatkan orang ramai berikutan api marak terlalu cepat. Dia bagaimanapun dibelasah sebaik sahaja orang ramai mengetahui dia yang memulakan…










