[VIDEO] Kerajaan diminta campur tangan isu kuil - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kerajaan diminta campur tangan isu kuil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 28 Nov. – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menyeru kerajaan Persekutuan dan negeri untuk campur tangan dalam isu Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, di sini.

Pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph berkata, kuasa terletak di tangan kerajaan dan mereka perlu mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah ini.

“Tidak melibatkan diri dalam kes ini bukanlah satu penyelesaian dan perbincangan melibatkan kerajaan perlu ada untuk menyelesaikan masalah.

“Ini bukan kes agama atau kaum, sebaliknya adalah satu perbuatan jenayah dan pihak yang terlibat perlu didakwa,” katanya ketika ditemui di Kuil Sri Maha Mariamman, di sini.

Menurut Jerald, pihaknya turut berharap penyiasatan dapat dilakukan berlandaskan fakta bagi mencari penyelesaian mengikut hak asasi manusia.

Awal pagi semalam, lebih 2,000 individu berkumpul di kawasan kuil dan sebahagian mereka melakukan rusuhan termasuk menyekat laluan Lebuh Raya Damansara-Puchong di hadapan kuil serta membakar tiga buah kereta.

Bangunan yang menempatkan syarikat pemaju One City Development Sdn. Bhd.  dan sebuah kereta yang terletak di hadapan bangunan itu dirosakkan oleh perusuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN