[VIDEO] Isteri bekas penasihat pertahanan kedutaan Turki didenda RM8,000 - Utusan Malaysia

[VIDEO] Isteri bekas penasihat pertahanan kedutaan Turki didenda RM8,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 23 Nov.- Isteri kepada bekas Penasihat Pertahanan Kedutaan Turki di Malaysia didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 18 peluru hidup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada September lalu.

Fatma Nilufer Senyuva, 62, dijatuhkan hukuman itu setelah menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md. Yusop.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Warga asing itu sebelum ini mengaku tidak bersalah pada kali pertama dituduh pada 25 September lalu.

Wanita tersebut didakwa memiliki 18 peluru hidup bersaiz kecil tanpa kebenaran yang sah di Gate C 15, Balai Pelepasan KLIA di sini pada pukul 10.43 malam, 20 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aziatul Afrizan Alias memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor keselamatan awam khususnya di kapal terbang.

Sementara itu, tertuduh diwakili, peguam Zaflee Pakwanteh merayu anak guamnya dikenakan hukuman denda kerana tidak menyedari peluru disimpan dalam beg milik suami. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN