LANGKAWI 21 Nov. – Empat individu warganegara Finland ditahan polis petang semalam disyaki menyebarkan risalah Bible kepada umat Islam di sekitar pulau peranginan ini. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia antara 27 hingga 60 tahun ditahan di sebuah resort di sini kira-kira pukul 5.30 petang. “Kami menerima tiga laporan mengenai kejadian itu. Salah satu laporan tersebut dibuat seorang lelaki…










