JOHOR BAHRU 11 Nov. – Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 300 kilogram (kg) dadah bernilai RM18 juta apabila menahan sebuah kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pasir Gudang, dekat sini pada 1 November lalu. Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, dua lelaki warga tempatan berusia 30 dan 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut…










