[VIDEO] Buaya sepanjang 1.5 meter ditangkap di kawasan perumahan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Buaya sepanjang 1.5 meter ditangkap di kawasan perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 21 Nov. – Bomba Petra Jaya berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 1.5 meter yang dijumpai berkeliaran di kawasan perumahan di Jalan Matang di sini malam tadi.

BUAYA sepanjang 1.5 meter
BUAYA sepanjang 1.5 meter yang dijumpai berkeliaran di kawasan perumahan di Jalan Matang, Kuching, Sarawak malam tadi. – UTUSAN ONLINE/Media Sosial

Sepasukan 10 anggota bomba menangkap buaya berkenaan di Taman Nanas 2 dalam operasi perkhidmatan khas komuniti selepas menerima panggilan pukul 11.19 malam.

 
 
 

Video Media Sosial

Menurut pusat Bomba Sarawak di sini, buaya berkenaan dibawa ke stesen Petra Jaya sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN