KUALA LUMPUR 13 Nov. – Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Boy Tiger’ direman tujuh hari kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penderaan anak tirinya berusia tiga tahun sehingga maut, minggu lalu. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Haslinda A. Raof bermula hari ini sehingga 19 November setelah lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini. Suspek berusia 31 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes di bawah…










