SHAH ALAM – Seorang bekas pengarah syarikat pembinaan dan kejuruteraan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM270,000 bagi kerja-kerja pembinaan sistem jaringan rangkaian saluran paip hidran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), enam tahun lalu. Tertuduh, Affendy Bahrom, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh semasa kejadian sebagai Pengarah Syarikat Maxwell Accent JV Sdn. Bhd. telah menerima suapan berjumlah RM270,000 melalui empat transaksi cek RHB Bank…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya