LONDON – Sebastian Vettel menegaskan bahawa kegagalan pada musim ini bukanlah yang terbesar dalam kariernya memandangkan kekalahan pada tahun 2009 lebih meninggalkan kesan. Biarpun terpaksa akur di tempat kedua kategori pemandu buat kali ketiga dalam sejarah kariernya, pelumba Jerman itu mengakui perjuangannya bersama Ferrari masih belum berakhir. Menurutnya, kekalahan pada tahun 2009 yang menyaksikan beliau tewas kepada pelumba Brawn GP, Jenson Button merupakan sejarah paling pahit dalam kariernya berbanding tahun…










