KUALA LUMPUR 8 Nov. – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) akan menyemak 50 kertas cadangan daripada syarikat tempatan yang mahu menyertai Program Pembangunan Vendor (VDP) syarikat kereta nasional ketiga. Ketua Setiausahanya, Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata, pihak kementerian akan berbincang dengan penyelaras dasar kereta nasional ketiga, Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) berhubung perkara tersebut. Dalam masa sama, kementerian sedang mengkaji semula program VDP bagi meningkatkan keberkesanannya, tetapi ia akan diteruskan dengan lebih mantap dan berfokus. “Kami perlu melihat keupayaan dan kapasiti mereka. Tetapi buat masa ini, kami tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya