UPSR lewat kerana cuti umum, punca dikeluarkan semasa cuti sekolah - Utusan Malaysia

UPSR lewat kerana cuti umum, punca dikeluarkan semasa cuti sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kelewatan pengeluaran keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) pada tahun ini disebabkan peperiksaan UPSR 2018 dilaksanakan hampir dua minggu lewat berbanding pelaksanaan UPSR tahun sebelumnya. 

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengambil maklum kerisauan yang dibangkitkan ibu bapa iaitu keputusan UPSR yang akan dikeluarkan semasa cuti persekolahan. 

Namun, menurut kementerian itu Lembaga Peperiksaan (LP) sebelum ini juga pernah mengeluarkan keputusan UPSR semasa cuti persekolahan. 

Kementerian itu berkata, peperiksaan UPSR 2018 lewat diadakan kerana terdapat beberapa cuti umum pada awal dan pertengahan September.

Ia melibatkan 31Ogos bagi Hari Kebangsaan; 9-10 September bagi Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong; 11 September bagi Awal Muharam dan 16-17 September bagi Hari Malaysia. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN