KUALA LUMPUR 27 Nov. – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) merekodkan keuntungan selepas cukai berjumlah RM14.3 bilion bagi suku ketiga berakhir 30 September 2018, peningkatan sebanyak 43 peratus daripada RM10 bilion yang direkodkan suku sama tahun lalu disebabkan perolehan yang lebih tinggi. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, perolehan kumpulan bagi suku ketiga 2018 naik 19 peratus kepada RM63.9 bilion, terutama didorong oleh kenaikan purata harga yang tinggi bagi produk utama ditambah dengan peningkatan kecekapan di seluruh kumpulan. Katanya, ia juga sebahagiannya diimbangi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya