Unai minta tolong rakan pikat isteri - Utusan Malaysia

Unai minta tolong rakan pikat isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DIBESARKAN dalam keluarga yang mempunyai latar belakang bola sepak menjadi faktor utama Unai Emery membuat keputusan untuk menjerumuskan dirinya ke dalam bidang itu dan bakatnya lebih terserlah dalam mengatur strategi serta taktikal terhadap kubu lawan.

Ayahnya, Juan Emery manakala datuknya, Antonio Emery merupakan pemain bola sepak dan berkongsi posisi yang sama iaitu penjaga gol, malah ayah saudaranya, Roman Emery pula memainkan sebagai pemain tengah.

Dikelilingi pemain bola sepak sejak dari kecil membuatkan Unai bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak dan walaupun mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan tersebut dia tetap mengutamakan pelajarannya.

Memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak ketika berusia 16 tahun, motivasinya terhadap bola sepak meningkat secara mendadak selepas menyaksikan legenda Argentina, Diego Maradona membantu skuad kebangsaannya menjulang Piala Dunia pada 1986.

Kesungguhannya yang ditunjukkan Unai membuahkan hasil apabila berjaya menyertai mewakili skuad Real Sociedad senior dalam tempoh yang singkat bagaimanapun dia berasa bosan dengan kelab tersebut dan membuat keputusan untuk menyertai pasukan lain.

Dia menghabiskan kariernya bersama kelab divisyen kedua Sepanyol seperti Racing Ferrol, Leganons dan Lorca Deportiva FC sebelum dilanda masalah kecederaan serius apabila pada usia 32 tahun, kariernya musnah setelah cedera serius di bahagian lutut.

Kecederaan lutut memaksa Unai bersara sebagai pemain dan nasib menyebelahinya apabila ditawarkan jawatan di bahagian pengurusan bersama kelab terakhirnya, Lorca Deportiva.

Unai kuat bekerja kerana dia akan meluangkan masa berjam-jam lamanya untuk mengkaji taktikal lawan.

Mengenai kisah peribadinya, Unai digambarkan sebagai pemalu apabila dia meminta pertolongan rakan-rakannya untuk berkenalan dengan Lousia selepas meminati wanita itu dari jauh, sebelum mereka berkahwin pada 1998.Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Lander Emery Fernandez dilahirkan pada 29 Mac 2003 di Madrid. Lander.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN