PUTRAJAYA – Sebanyak 32 parti politik berdaftar di negara ini bersetuju dengan cadangan menurunkan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, tiada bantahan dibuat oleh 32 daripada 51 parti politik berdaftar yang menghantar wakil masing-masing dalam mesyuarat dengan SPR mengenai urusan pendaftaran pemilih. “Mengenai had umur undi 18 tahun, tidak ada bantahan daripada mereka (ahli politik),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di ibu pejabat SPR di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya