PUTRAJAYA 26 Nov.- Perkhidmatan terbaharu ujian patologi iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) dan molekul terhadap kanser boleh mengesan penyakit itu dalam tempoh beberapa jam berbanding kaedah sebelum ini yang mengambil masa beberapa hari. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Azman Abu Bakar berkata, pendekatan tersebut yang dimulakan secara perintis di negara ini menerusi kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) juga memberi peluang kepada doktor melakukan rawatan secara lebih berfokus. “Sebaliknya ia…










