SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam ditanggalkan segera sebelum sambutan Hari Keputeraan ke-73 baginda pada 11 Disember depan.
Titah itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi sepucuk surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya.
Menurut Mohamad Munir, Sultan Sharafuddin bertitah, kesemua papan tanda tersebut perlu digantikan dengan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.
“Operasi penukaran papan tanda jalan ini hendaklah dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan sebelum tarikh sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-73 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 11 Disember depan,” katanya dalam surat itu bertarikh semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










