KUALA LUMPUR 31 Okt. – Rundingan bersama MCA berhubung hasrat penjenamaan dan penstrukturan semula Barisan Nasional (BN) hanya akan dilakukan selepas parti itu mengadakan pemilihan pada 4 November ini. MOHAMED NAZRI AZIZ Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, tiada guna rundingan tersebut dijalankan ketika ini sekiranya selepas pemilihan itu MCA membuat keputusan untuk keluar daripada BN. “Perbincangan dengan MCA kita tunggu selepas pemilihan mereka kerana kalau kita…










