KUALA LUMPUR 28 Nov. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka membentangkan usul tergempar mengenai insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor di Dewan Rakyat, esok. Dr. Mahathir dijadualkan membentangkan usul tersebut pada pukul 11.30 pagi, selepas berakhirnya sesi soal jawab. Semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang mewakili ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang berkata, satu usul segera di bawah Peraturan Mesyuarat Perkara…









