Tumor hilang sehari sebelum dibedah - Utusan Malaysia

Tumor hilang sehari sebelum dibedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA 14 Nov. – Seorang lelaki yang mempunyai tumor dalam otak­­nya dan perlu menja­lani pembedahan untuk membuangnya terkejut apabila tu­mor terbabit hilang sehari sebe­lum pembedahan dilakukan.

Paul Wood dari Lodi, di sini mula mengadu sakit kepala dan mual sejak beberapa bulan lalu sebelum disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otak.

Pakar saraf di sebuah hospital di sini memaklumkan bahawa pada mulanya otak Wood meng­alami pendarahan namun hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu mempunyai tumor.

Sehubungan itu, pakar mencadangkan supaya Wood menjalani pembedahan bagi membuang tumor berkenaan.

Namun, sehari sebelum prosedur pembedahan berlangsung, imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) menunjukkan tiada tanda-tanda tumor dalam otak Wood dan perkara itu mengejutkan doktor pakar dan mereka tidak mempunyai idea bagaimana perkara itu berlaku.

Disebalik kejadian itu, Wood melahirkan rasa syukur­nya dan menyifatkan kejadian itu sebagai satu keajaiban dari Tuhan.

“Telefon saya dihujani panggilan serta mesej yang mengucapkan tahniah serta doa untuk kesihatan saya,” katanya seperti yang dipetik Oddity Central.

Sejak itu, Wood sering ber­kongsi kisahnya kepada orang ramai termasuk dalam me­dia sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN