Tolak dasar kesaksamaan fahaman barat - Utusan Malaysia

Tolak dasar kesaksamaan fahaman barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 20 Nov. – Rakyat diminta menghormati dasar kompromi sosial politik negara yang dipersetujui semua kaum kerana perkara itu merupakan tunjang utama kepada perpaduan dan keharmonian negara.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, dasar itu merupakan keunikan yang diperkenan oleh raja-raja Melayu bagi membentuk sebuah negara merdeka dan dinyatakan dengan jelas dalam pelbagai peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Hari ini, terdapat segelintir rakyat yang mahu mengubah landskap sosial politik yang unik ini melalui penerimaan dasar kesaksamaan fahaman barat.

“Dasar ini telah dirangka oleh orang asing yang tidak mengambil kira keunikan, kepelbagaian, kesucian agama Islam dan sensitiviti rakyat serta kedaulatan raja-raja Melayu,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Sultan Ahmad 1 di sini hari ini.

Berangkat samaTengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Tengku Abdullah bertitah, negara ini telah dibangunkan dan menempuh pelbagai cabaran dengan acuan tersendiri.

“Dasar kompromi sosial politik yang telah dipersetujui oleh semua kaum adalah merupakan tunjang utama kepada perpaduan dan keharmonian negara,” titah baginda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN