KUALA LUMPUR 19 Nov. – Telekom Malaysia Bhd. (TM) tampil menjelaskan beberapa isu dan aduan berkaitan produk dan perkhidmatan, harga serta gangguan yang dihadapi para penggunanya. Dalam kenyataan, syarikat telekomunikasi itu menjelaskan pihaknya sentiasa komited untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan TM mempunyai proses di mana ia sentiasa berinteraksi dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk berkongsi inisiatif-inisiatif pengalaman pelanggan. Berhubung produk dan perkhidmatannya, TM berkata, setakat ini pihaknya telah…










