PULAU PINANG 10 Nov. – Tiga lelaki dipercayai warga asing maut ditembak polis dalam satu kejadian di Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah, awal pagi ini. Difahamkan, polis terpaksa melepaskan tembakan sebagai langkah keselamatan dalam usaha mempertahankan diri daripada diserang oleh ketiga-tiga orang suspek yang ketika itu bersenjatakan parang. Terdahulu, kesemua suspek dikatakan terlibat dengan satu kejadian pecah rumah hasil maklumat orang awam. Ketua Polis Negeri, Datuk Seri A. Thaiveegan yang mengesahkan kejadian itu berkata, selain pecah rumah, ketiga-tiga suspek juga dipercayai terlibat dengan beberapa kes samun sebelum ini. “Buat masa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya